it's weekend already dan saya keseorangan di rumah kerana hubby pergi course di PD. Ingat nak ikut, tapi dia akan ada full day seminar tomorrow, so i'm gonna be alone anyway. Jadi baiklah saya duduk rumah dan mengemas rumah.
Sedang menunggu Dayah yang tak kunjung tiba. Cadangnya nak dinner bersama, dan dia akan teman saya malam ni. Tak tau laa kalau bella dan kawan-kawan lainnya ada ke tak. Nak memasak, tapi dia kata mahu takeaway. Tapi lambat laa pulak budak ni. Kakak sudah lapar ni adik oii.
Esok dah janji dengan bodek-boring-jubong nak angkat perabot. Rumah sangat semak sebab perabot-perabot (pinjam) yang ditaja gomen. Tak nak amik, tapi di paksa amik. sigh. silap saya jugak kerana beri kebenaran penyelia masuk untuk letak perabot-perabot tu.
terlepas our 10-years reunion dinner last wiken. Terasa amat ralat. mungkin silap saya kerana tak begitu bersungguh mengejas jadual kerja. Tapi waktu itu masih tagging jadi kalau disuruh berjumpa orang selepas post-call, saya akan datang dgn muka toya dan blur, lalu jadi bad-company kepada semua org. Lalu, menelan air liur lah saya melihat gambar-gambar reunion di fb dan blog-blog srikandi lain. terutama bila melihat zura memberi cupcake nya sebagai doorgift. semoga ada umur untuk saya pergi ke reunion-gathering rakan-rakan srikandi di lain waktu.
pejam-celik-pejam-celik dan lebih sebulan saya di dept baru. mulanya agak stress dan penat, apatah lagi bila kena tagging sampai 12mlm setiap hari selama sebulan. dan minggu depan, akan mula onkol. semoga bertenang. tapi agak risau sebab tag-call saya adalah teruk tahap tak boleh tidur walau seminit - 8am-8am. disasterous + bloody. literally bloody. jadi, semoga bertenang di hari isnin nanti..aminnnn