Tidak berjaya untuk pulang awal hari ini lantaran census meeting yang lambat habis plus branula yang banyak untuk di pasang. ditambah dengan patient yang suka menyakat, lambat habis kerja. ingat nak bawak emak dan adik membeli belah pun tak tercapai. esok saja lah nampaknya.
Esok tinggal berdua dengan midah, dengan grand round lagi. malas betul. nasib baik lah ortho grand round is not too stressful. malass.
saya sedang berusaha menyiapkan soalan-soalan take home test ptk kelmarin. Perlu dihantar sebelum hari Jumaat. Banyak juga. Walaupun boleh refer jawapan tapi dengan average markah 30-70 untuk satu soalan, puas jugalah nak mengarang ayat-ayat nya. mujur hari ni tak perlu masak sebab ada leftover dari kenduri semalam. panaskan lauk ajelah jawabnya.
kami sedang merancang cuti-cuti malaysia ke sabah. tapi tak konfem tarikh. MAS punya tiket tengah sale, jadi kenalah book awal-awal - RM31 one way, deal yang sangat bagus, kan? juga ada tak sesiapa boleh suggest mana tempat best di kk sana?
May 25, 2009
May 19, 2009
penilaian tahap kecekapan..??!?
Saya dan rakan-rakan telah dipanggil untuk menduduki ujian penilaian tahap kecekapan untuk membolehkan kaim naik pangkat dan gaji. Sebenarnya, rakan-rakan telah dipanggil, tetapi entah mengapa nama saya tiada dalam senarai menyebabkan saya terpaksa memanggil diri sendiri untuk menjalani ujian tersebut. Meskipun markah CPD saya rasanya tidak mencukupi walaupun setelah dikira-kira dan ditambah tolak namun saya nekad sajalah.
Kami pergi dengan hanya sedikit maklumat dari rakan-rakan dan berusaha menghafal tonggak 12 dan cabaran wawasan 2020 dengan tidak berjaya, di samping pesanan seperti 'tak payah baca apa-apa mesti tak boleh nak jawab punya', kami pun menduduki ujian tersebut.
Hasilnya, benarlah kata orang, tak perlu bersusah payah membaca apa-apa kerana jawapan saya semuanya adalah common sense ditambah dengan gorengan yang saya harap cukup masak dan sedap dimakan. Sesi pertama adalah sesi diskusi jadi agak mudah. Ujian esei agak mengarut. Tapi masih boleh digoreng. Saya dan madihah cuma mampu tergelak selepas ujian tersebut bila terkenangkan jawapan-jawapan kami. Tugas seterusnya adalah untuk menjawab take home test kerana markah CPD saya yang kurang.
Oh well. Sekurang-kurangnya hari ini dapat berbual-bual dengan madihah dan lyd yang selalunya hanya sempat 'hi-hi bye-bye' saja di hospital.
Sesunggguhnya saya masih di dalam dilema. Meskipun telah menghantar borang dan meletakkan peads, radiology dand dermatology sbg pilihan-pilihan pertama, kedua dan ketiga saya, namun saya sebenarnya masih tidak pasti. Laila menyuruh saya berjumpa dgn HOD terbabit jika saya betul-betul berminat supaya peluang saya lebih cerah, tapi entahlah. Saya masih ada rasa was-was dalam hati terhadap pilihan saya. Saya tahu sebenarnya tiada siapa yang boleh membantu saya dalam membuat pilihan melainkan saya dan DIA. Tapi masih rasa mahu bercerita pada sesiapa yang sudi mendengar. hehh

Subscribe to:
Posts (Atom)