May 19, 2009

penilaian tahap kecekapan..??!?

Saya dan rakan-rakan telah dipanggil untuk menduduki ujian penilaian tahap kecekapan untuk membolehkan kaim naik pangkat dan gaji. Sebenarnya, rakan-rakan telah dipanggil, tetapi entah mengapa nama saya tiada dalam senarai menyebabkan saya terpaksa memanggil diri sendiri untuk menjalani ujian tersebut. Meskipun markah CPD saya rasanya tidak mencukupi walaupun setelah dikira-kira dan ditambah tolak namun saya nekad sajalah.

Kami pergi dengan hanya sedikit maklumat dari rakan-rakan dan berusaha menghafal tonggak 12 dan cabaran wawasan 2020 dengan tidak berjaya, di samping pesanan seperti 'tak payah baca apa-apa mesti tak boleh nak jawab punya', kami pun menduduki ujian tersebut.
Hasilnya, benarlah kata orang, tak perlu bersusah payah membaca apa-apa kerana jawapan saya semuanya adalah common sense ditambah dengan gorengan yang saya harap cukup masak dan sedap dimakan. Sesi pertama adalah sesi diskusi jadi agak mudah. Ujian esei agak mengarut. Tapi masih boleh digoreng. Saya dan madihah cuma mampu tergelak selepas ujian tersebut bila terkenangkan jawapan-jawapan kami. Tugas seterusnya adalah untuk menjawab take home test kerana markah CPD saya yang kurang.

Oh well. Sekurang-kurangnya hari ini dapat berbual-bual dengan madihah dan lyd yang selalunya hanya sempat 'hi-hi bye-bye' saja di hospital.

Sesunggguhnya saya masih di dalam dilema. Meskipun telah menghantar borang dan meletakkan peads, radiology dand dermatology sbg pilihan-pilihan pertama, kedua dan ketiga saya, namun saya sebenarnya masih tidak pasti. Laila menyuruh saya berjumpa dgn HOD terbabit jika saya betul-betul berminat supaya peluang saya lebih cerah, tapi entahlah. Saya masih ada rasa was-was dalam hati terhadap pilihan saya. Saya tahu sebenarnya tiada siapa yang boleh membantu saya dalam membuat pilihan melainkan saya dan DIA. Tapi masih rasa mahu bercerita pada sesiapa yang sudi mendengar. hehh

3 comments:

xitayx said...

hey girl... miss your ramblings. =D

marmalade said...

wahhhhhh kau update blogggggg! hahahahahahahah update lagi update!

CikJa said...

hahaha.. tima kasih kpd adik aku yg sdg cuti, jadi aku ada broadband kat umah..muehehe