November 01, 2008

untitled

Saya sepatutnya menyiapkan power point presentation untuk viva pada hari selasa, tetapi rasa terlalu malas untuk membuatnya. Juga kerana lack of resources dan kepala yang berdenyut-denyut membuat saya bertambah-tambah lah malasnya. Saya juga perlu menyiapkan satu lagi presentation untuk mortality meeting pada hari khamis nanti. Dan yang paling tidak menarik sekali adalah kerana saya on call pada esok hari.

Saya sangat tidak sabar untuk menamatkan posting surgery saya sekarang ini kerana kepenatan juga stress yang agak banyak. Sebenarnya posting ini agak menarik jikalau bos-bos saya bersikap sedikit human dan lebih friendly. Juga pasti kurang menyeksakan jika saya dapat pulang awal setiap hari. Buat masa ini average waktu pulang saya adalah jam 11 malam, kadang-kadang awal, dapatlah sampai rumah jam 10 malam, tapi kalau lambat, boleh mencecah jam 1 pagi. dan esok perlu bangun awal untuk pergi kerja. Tambah teruk lagi jika hari itu post-call dan kena balik jam 1 pagi. hampir-hampir 36 jam menghabiskan masa di hospital yang tak seberapa indahnya itu. jadi, doakan saya menamatkan posting ini tanpa extension kerana saya sungguh2 tidak mahu hidup yang seperti tiada kehidupan ini. Mujur saya punya suami dan keluarga yang memahami, jadi terasa lebih kuat sedikit. Kalau tidak, tak tahu lah.

Dan sekarang saya rasa saya perlu kembali menyambung tugas yang terbengkalai sambil menonton harry potter. Esok perlu bangun awal dan kerja lagi.

3 comments:

Anonymous said...

hey sayang, kerja kau seriously lagi teruk dari aku ah. kalau aku balik lambat everyday, memang pengsan siot. huhuhuhu. takpe, tabahkan hati, cekalkan jiwa =)

Anonymous said...

ieja... kesian aku mendengarnye.. hope ko melaluinye dengan aman..anyway, happy belated birthday to u.. kem salam achong ok? take care (bertambah kecik dan kuruslaa ko eh) hehe

Anonymous said...

btw.. that was me =)