remember I told you I wanted to bake a cake the other day, tapi tak cukup bahan? Tadi lantaran kepingin yang teramat, dan kerana merajuk with certain person, berjaya juga untuk makan kek cekelat yang sedap lagi enak. Dan kerana kek cekelat ini sungguh delicious sekali menurut saya dan rakan-rakan (tak tau laa diorang cakap sedap sebab memang sedap ke, atau sebab nak bodek ajer), jadi rasa nak letak resepi kek kat sini. Kek ni senang sebab dia tak payah pakai timbang, sumer sukat pakai cawan, tak kisah laa cawan arcoroc ke, arcopal ke, cawan plastik ke, sumer bleh. (resepi curik kat mesra.net)
KEK CEKELAT YANG SEDAP, ENAK LAGI MUDAH (dengan jari Jiejah sebagai penambah perisa :p)
Bahan untuk di ayak:
1 3/4 cawan tepung
1 camca teh baking powder
1 camca teh soda bikarbonat
1 camca teh nescafe
3/4 cawan serbuk koko
Bahan-bahan lain:
2 biji telur
2 cawan gula castor
1 cawan susu sejat/ fresh milk
1 cawan minyak masak
1 cawan air mendidih
Cara-cara:
1. pukul telur dan gula sampai kembang
2. masukkan susu, minyak and bahan-bahan yang dah di ayak tadi
3. last sekali, masukkan air mendidih dan kacau sampai rata.
4. Pastu bleh laa curah dalam tin cake yang dah di grease ngan marjerin, dan bakar pada suhu 180C sampai masak. (40-45 minit, mungkin lebih - cucuk ngan garpu, kalu clear, maknanya dah masak)
5. kalau nak sedap lagi, bleh laa hias ngan cekelat cair masa dia panas-panas tu and tabur ngan cekelat rice ke, apa-apa lah yang sesuai.
5. kalau nak sedap lagi, bleh laa hias ngan cekelat cair masa dia panas-panas tu and tabur ngan cekelat rice ke, apa-apa lah yang sesuai.
Bleh laa dimakan bersama rakan-rakan atau keluarga terchenta. ;)
No comments:
Post a Comment