September 25, 2007

setelah sekian lama..

Aku baru sedar, dah lebih 2 bulan rupanya aku tak mengapdet blog nih. Dari lepas konvo, balik kampung, sampai lah sekarang nih. Macam-macam dah jadi, tapi macam takde apa yang terjadi juga.

Sekarang ni, aku tgh jadi surirumah sepenuh masa aka bibik tade gaji. hohoho. Dari sehari ke seharai nak pegi putrajay tu, tapi tak pegi-pegi jugak. Orang pun dah start tanya bila laa aku ni nak mula berbakti. Nanti lah dulu yek, bila tiba masanya akan ku buat jua. Cuma cepat atau lambat aje. Sekarang ni aku nak berbakti pada mak ayah dulu, esok-esok dah start keja, takut nak jumpa pintu rumah pun susah..hehhehe.

Aktiviti harian adalah mengemas rumah dan memasak, di samping bergaduh dengan kucing-kucing dan juga angin keran sibuk meniupkan sampah yang aku dah sapu, masuk balik dalam umah. nyehnyeh. tapi bulan puasa nih, aku tak masak sgt. mak yang masak. tapi sekarangg ni dah start buat kuih pulak. kuih tako aka tepung pelita di hujung minggu atau bila ada orang tempah dan jugak, kuih raya. Esok rasanya nak start buat dodol. Barang-barang dah sampai tadi.

So, kepada sesaper yang nak beli dodol, boleh laa tempah. Kitorang jual sekilo/ setengah kilo punya pack. Sekilo RM 14. Buatan sendiri. Dulu-dulu kacau pakai tangan, tapi dah tekno sket, kitorang pakai mesin. tapi rasa masih sedap lagik. (heheh sempat tu buat promo)

okielah, aku nak tengok liontin. tata

2 comments:

Marliza Radzi said...

itulah! senyapnya! selamat bergembira sebelum mula berbakti!

Anonymous said...

walahhhh... akhirnyerrrrrrrrr!! hehe. welcome back my dear. salam ramadhan mubarak dan slamat menyambut hari raya aidilfitri! x lama dah nih. wish terus. hehe.