September 27, 2009

..nak raya, nak raya...dah pun raya..

Saya baru pulang dari kuala lumpur. Semalam pergi ke wedding adik Yat di Putrajaya, dan bertemu rakan-rakan se-uni, kemudian ke rumah Alia. Seronok betul, sbb dah lama tak jumpa. posing sakan seperti biasa, mak-mak orang pun berlagak macam bujang lagi. nasib baik laa sik abang semua memahami..heheh..

Ingat lepas tu nak ke Shah Alam, rumah mokteh, tapi my brother gave me a wrong number, hence i couldn't call her until late last night. Lalu kami terus ke rumah Kak Ngah di Kajang. Hari ni bangun awal sbb flight abang Long pukul 10pagi, lunch di Shah Alam dan tea di Seremban. Sampai rumah pukul 645ptg. Dan sekarang rasa sungguh tak seronok sebab esok kena kerja.

Tahun ini beraya sakan. Last year dapat cuti 2 hari, tak sempat bawa hubby pergi my side of the family. maklumlah, keluarga saya besar, adik beradik ayah ada 10, mak ada 11, campur nenek-nenek dan sepupu-sepapat, sampai habis sebulan syawal pun, masih tak sempat nak berjalan. this year, habis dah semua jalan..well almost..ada lagi 2 rumah tak pergi..memang sakan lah sangat. Sampai semua orang tertanya-tanya kenapa saya masih belum masuk kerja.. Mungkin kerana semasa houseman saya jarang dapat pergi kenduri-kendara keluarga. Sampaikan orang pelik bila saya ada di majlis-majlis sebegitu. Kalau untuk orang lain, orang tanya ' dia tak datang ke ?' kalau untuk saya, orang tanya, 'kau tak kerja ke hari ni?'. kadang-kadang saya jadi kecil hati sendiri sebab orang expect saya tidak ada di majlis kenduri kendara. macam tak sudi pulak saya datang. hehh..

hmm..nampak gaya nya malam ni saya kena lah membaca sikit..risau pulak memikirkan onkol esok..semoga pesakit saya selamat sejahtera semuanya..aminnnnn :)

1 comment:

marmalade said...

cis. datang kl tak cakap =p