Hari ahad dah hampir ke penghujung, dan esok bermulalah minggu baru. Aku rasa macam baru je nak menikmati cuti hujung minggu, sedar-sedar dah habis cuti. Cepatnya masa berlalu, buat hati resah memikirkan hari-hari mendatang.
Tak banyak yang aku buat cuti hujung minggu ni. Selain menonton Pan's Labyrinth Jumaat lepas, dan membaca buku serba sedikit. Selebihnya aku habiskan dengan tidur dan berehat. Sesungguhnya musim-musim sejuk begini adalah masa yang sangat sesuai untuk berhibernasi. Jadi tak hairanlah kalau Elective report yang patut aku sudahkan pun masih terbengkalai. Bila difikirkan, ada jugalah kemajuannya report ku itu. Sekurang-kurangnya rangka dan isinya dah ada, cuma nak mengindahkan bahasanya, yang sangat-sangat lah aku tak gemar. Yang pasti, aku masih ada 3 hari - 3 malam yang sebetulnya, kerana hariku dah pastilah akan kuhabiskan di klinik, sebelum laporan itu kuhantar hari Rabu nanti. Kemudian, aku kena berhempas pulas pulak menyiapkan SSC yang perlu kuhantar dalam masa 2 minggu lagi. Hai, tak habis-habis dengan esei. Leceh betul!
Tadi kami ke rumah Ha, makan-makan sebelum ibunya berangkat pulang ke Malaysia Jumaat ini. Penuh jugalah perutku. Kalau ikutkan hati, memang aku nak makan lagi, tapi entah kenapa kebelakangan ini aku macam kurang selera hendak makan. Penat sangat agaknya. Entahlah. Fiona kata, mungkin sebab aku banyak sangat berfikir hingga tak lalu makan dan tak lena tidur. Tapi, tak lena pun, sampai tengah hari juga aku tidur hujung-hujung minggu macam ni. Kenapa ye agaknya.. hmmm.
Panjang pulak bebelan aku hari ni. Tengkuk dan badan pun dah sakit. Aku nak membaca sikit sebelum tidur.
Nite nite eberibodi!
No comments:
Post a Comment