'Maybe we like the pain. Maybe we're wired that way. Because without it, I don't know; maybe we just wouldn't feel real. What's that saying? Why do I keep hitting myself with a hammer? Because it feels so good when I stop.'
I am officially a medical MO, starting work yesterday. Damn I still can't get rid of the shock. Manakan tidak, say sepatutnya menghabiskan posting ortopedik saya semalam dan bercuti sehingga hari Isnin depan sebelum memulakan hidup sebagai MO. Apatah lagi saya hanya meletakkan Radiology (xray), peads (kanak2) dan dermatology (skin) sebagai pilihan saya meskipun saya tahu peluang untuk dapat apa yang saya mahu adalah tipis. Juga kerana saya sebenarnya kurang pasti dengan kehendak saya.
Lalu setelah tamat Induksi selama 2 minggu di PD, yang mana kami cuma disajikan dengan ceramah-ceramah pentadbiran, kewangan dan perintah-perintah am yang di luar bidang tugas, juga setelah berseronok di PD dgn hubby tercinta pada hari Jumaat, saya pulang ke hospital dengan rasa malas.
Dan di pagi hari Isnin yang indah itu, Bos menegur saya; ' Siti Khadhijah, perkhidmatan kamu telah ditamatkan'. Saya melihat dia dengan muka konfius dan tidak percaya, lupa terus dengan patient yang saya mahu lihat. Lalu dia menerangkan yang kami semua (ada 6 orang) akan diserapkan ke Jab kecemasan atau Perubatan pada esok harinya kerana pandemik H1N1 yang begitu meluas. Lalu gugurlah harapan saya untuk cuti pada minggu ini. Dan bermulalah hidup baru saya di Jab perubatan ini.
Oh well, sekurang-kurangnya saya tidak tercampak ke surgery yang saya tak suka. Manalah tahu, saya suka bidang ini dan tak perlu tukar ke dept lain selepas ini. Lagi pula bos sudah berkata yang kami akan berada di sini sekurang-kurangnya untuk 6 bulan lagi atau sehingga pandemik ini berakhir. Might as well belajar saja dan cuba mencintainya kan?
Saya terasa ingin menulis entry tentang makanan, tapi nantilah dulu. Saya perlu membeli stetoskop sekarang sebelum memulangkan broadband ini kepada adinda tercinta.
No comments:
Post a Comment