pejam-celik-pejam-celik, esok genap umur Adam 2 bulan. Sekejap je rasa...macam baru je ari tu rasa Adam tendang2 dlm perut macam ulat-besar-yang-bergerak-nak-klua :P..masuk-spital-kena-operate; makan siang di bulan posa (tskk sebulan nak kna ganti tuuu).. dah abis dah maternity leave. ari isnin dah nak start keja balik..huhuhuhu. Masih terkilan sbb breastfeeding leave yang tidak berbayar itu tidak di approve oleh bos.. hai lah nasibla keja mcm ni, nak cuti pun susah. mintak cuti tade gaji pun tak bleh. Sheeshhh....Masa ni lah rasa bestnya keja kat UK, dpt 6 bulan maternity leave. syok abissss.. apakan daya cuti 90 ari masih blum diluluskan. Kalu tak, bahagianya rasa hati..
Adam dah pandai ketawa + tegur orang. Sangat yummy rasa macam nak makan. kena pulak bila bgn pukul 3-4 pagi nak minum susu, sempat bagi satu-senyum-bagi-mama-cair-dulu-baru-minum-susu..adalah sangat comel. :)) Hari ni dia tdo2 ayam je dari pagi. tadi pagi2 K Long Alya dah dtg nak duduk sini main ngan Adam, Pastu lunch Yaya dtg bwk KFC. Ni baru laa senyap sbb K long dah ikut Yaya balik umah nenek. Jadi pagi tadi ada anak instant sorang lagi. (sebenarnya selalu je K Long tu jd anak instant sampai mak dia suruh bungkus kain baju duduk sini terus hahah :p). Jadi Adam baru lah nak lelapkan mata sambil jeling2 manja kat mama dia yang sibuk layan internet. (Pasni mama nak join plak ;p)
Berdebar2 nak start keja ari isnin. Dengarnya ari selasa dah onkol, tp jadual tak klua lagi, jadi tak konpem laa lagi. Plan untuk Bfeed selama yang mampu (kalu ikut mama dia, bfeed sampai 3 thn, tak penah minum formula, jd sampai tua tak minum susu warna putih haha :p). semoga dipermudahkan usaha. Semoga saya bertabah dan cekal hati. aminnnn. Kemudian kena truskan usaha untuk berpuasa waktu org tak puasa pulak. tapi tu nanti dulu lah. Masa keja senang sket nak posa..heheh
Sebenarnya dah berapa kali nak apdet blog, tapi biasalah kan, suka tangguh2. Bulan puasa, lepas tu raya (sempat lah Adam berjalan raya tahun ni, w/pun cuma pegi umah yang ada open house je..itu pun 2-3 umah je)..masih tak sedar yang diri tak bleh bertangguh keja lepas ada budak kenit ni, kalau tak alamatnya lari sume schedule..almaklum bila hidup sekitar budak kenit comel yang keja minun-tdo-main-minum-berak..tentulah dia jadi Adam, namamu teratas, kan? tapi tu lah, sifat mazmumah yang sungguh sukar di kikis...heheh. Nak cerita pasal delivery pun tak tertulis..hehhh..nantilahh
Oklah..budak kenit tu dah bangun nak minum susu.. ;)
No comments:
Post a Comment