Hari ini irdina sudah 20 hari. Sekejap eh? Aku rasa sekarang ni semua pun cepat je berlalu. Macam baru je masuk tahun 2012, tiba2 sekarang sudah setengah tahun. macam baru je pregnant, sekarang dina dah masuk 20 hari. Masa yang semakin pendek, atau kita yang makin sibuk?
Bersalin kali ni memanglah tak sama sebab kali ni planned C-sect sebab saiz aku yang kecik. Makanya, boleh pilih tarikh ikut suka hati. Dan kerana aku bersalin kat spital swasta, jd boleh masuk pagi2 sebelum op itu. Macam sekejap je pun kot op nya. Aku register dlm pukul 740am, buat skin prep, masuk branula, amik antibiotics injection etc, 830 dia tolak masuk OT.
Aku opt utk bius separuh, tp bius tu cam lambat plak jalan, so dia bagi aku ketamine utk sedation, supaya x rasa sakit sangat. Sekarang aku faham kenapa orang salah guna ketamine. Serius aku high. Dia bukan mcm ngantuk khayal macam morphine, tapi tahap high macam masuk wonderland. nampak belon2 berwarna-warni. Dengar orang bercakap tapi tak tau apa. Suara Dina nangis pun sayup-sayup je aku dengar. Dah habis semua, baru aku sedar dan nampak orang balik. Haha. Harus lepas ni aku request ketamine lagi 😜
Pantang kali ni, aku tak bli mana2 set jamu mak dara ke anak dara ke apa. aku cuma beli confinement set shaklee + alfalfa stok 4 bulan, bengkung velcro, dgn uncang mandi herba. Dan jugak krim barut nona roguy. Aku ingat nak beli minyak herbanika NR tu sebab macam banyak orang rekemen kat blog2. Tapi, bila tgk rega dia, x jadi lah. aku pakai minyak urut biasa je aku borong kat Langkawi masa pregnant hari tu. Tak kuasa la aku nak pakai minyak memahal tu. Tak berbaloi kot.
Tapi Shaklee set ni aku rasa bagus lah. Rasa macam cepat sihat dan lebih cergas. Aku start makan hari kedua, lepas keluar spital ari tu. By the time seminggu tu aku da rasa macam badan segar je. Walaupun x cukup tidur sebab Adam tdo kol 1pg tetiap hari. Baru 2-3 hari ni je dia tdo awal sikit. Awal pun, pukul 11, pukul 12 la jugak. 😔
Aku ni jarang lah nak mempromo barang, tapi aku rasa mungkin worth untuk try. Lagipun, trial set dia yang untuk sebulan tu tak sampai rm100 pun harga. compare dgn yang lain, aku rasa ni antara yang murah. Dulu masa bfeed Adam, aku belilah bfeeding set dia, memang susu jadi lagi pekat. Yang kali ni pun aku makan alfalfa tu sebijik je dulu, sebab aku belum start buat stok EBM lagik. Mentang mentang cuti 3 bulan :p.
Oklah adik Dina dah ek ok ek ok lapar agaknya. Nanti bila aku rajin aku apdet lagi. (ntah bila lah tu :p)
2 comments:
best dapat jumpa kau kat rumah harituh :) lepas tuh kitaorang jalan-jalan melaka. dapat jumpa hard rock cafe beb! teruja aku hahahaha.
nanti nak datang kl, sila kasitau aku ok.
hahaha. baiklah! aku pun x tak tau ada hard rock cafe kat situ LOL!
Post a Comment