October 31, 2007

reflexology kaki

Went for a foot massage with him last Sunday. I don't know if any of you have tried it, but, whoa! I was impressed! I mean, I've heard about it before, tapi belum terbuka hati untuk mencuba. Dia sentuh je tapak kaki, then she started asking me about all these symptoms I'm having.

Dia macam terbalik tau. Macam bila kita jumpa doktor, doktor akan tanya kita sakit apa, kat mana, etc. Tapi dengan diorang ni, dia start urut je kaki, lepas tu dia tanya, ada gastrik eh? Then start suggest diet sihat etc, then pegang tempat lain pulak - ni ada selalu rasa cepat penat ke? sesak sesak nafas ke, ada masalah sikit dekat paru-paru etc. Betul plak tu. Kagum kagum. Dan cara dia explain things, tak lari lah dengan western medicine. Dia suggest beli ubat herba tapi tak beli lah pun. Tapi I asked about the ingredients; ada badam, madu lebah, sarang burung etc. Pendek kata herba yang memang terbukti dan disebut dalam Quran. Incik Acong siap pergi try berbekam lagi. heheh. She asked me if I wanted to, tapi since I'm currently jobless, and sedikit takut jadi maybe next time. heheh.

Sebagai seorang yang belajar western medicine, I don't think western medicine is perfect. Paling senang, untuk masalah otot macam terseliuh yang biasanya lebih cepat pulih kalau kita pergi urut daripada pergi klinik. Acupuncture elok untuk sakit macam angin ahmar. Banyak lagi lah. Cumanya, yang jadi masalah pada orang kita bila kita mula terlalu percaya pada bomoh. Kena pulak bomoh jenis tak solat, baca jampi serapah tah apa-apa, cakap orang tu bela hantu tu, orang ni bela hantu ni, padahal yang sebenarnya dia yang hantu. Kadang-kadang jadi pelik pun ada bila orang yang berpangkat, berpelajaran, tapi masih percaya benda-benda tahyul. Pelik!

October 23, 2007

EID MUBARAK

Hari ni 11 Syawal dah. Sekejap aje masa berlalu. Hari tu masa puasa, sibuk nak raya, ini dah raya dah pun. Yours truly pun dah berjaya melaporkan diri sendiri kat Kementerian Kesihatan, InsyaAllah Hujung bulan ni atau bulan depan dapat lah posting kot. heheh.. Mixed feelings laa plak rasa nak kejap. Tapi cukup-cukuplah mengabihkan boreh kat umah ni, kan?

Some Raya pics. After 4 years, dah bertambah ahli keluarga baru.. Last time raya kat sini ipar-duai dan kanak2 ribena blum ada lagi..hehe :D

One big family
Brothers and sisters




Eid Mubarak to all. Sorry body and soul ;)

September 25, 2007

setelah sekian lama..

Aku baru sedar, dah lebih 2 bulan rupanya aku tak mengapdet blog nih. Dari lepas konvo, balik kampung, sampai lah sekarang nih. Macam-macam dah jadi, tapi macam takde apa yang terjadi juga.

Sekarang ni, aku tgh jadi surirumah sepenuh masa aka bibik tade gaji. hohoho. Dari sehari ke seharai nak pegi putrajay tu, tapi tak pegi-pegi jugak. Orang pun dah start tanya bila laa aku ni nak mula berbakti. Nanti lah dulu yek, bila tiba masanya akan ku buat jua. Cuma cepat atau lambat aje. Sekarang ni aku nak berbakti pada mak ayah dulu, esok-esok dah start keja, takut nak jumpa pintu rumah pun susah..hehhehe.

Aktiviti harian adalah mengemas rumah dan memasak, di samping bergaduh dengan kucing-kucing dan juga angin keran sibuk meniupkan sampah yang aku dah sapu, masuk balik dalam umah. nyehnyeh. tapi bulan puasa nih, aku tak masak sgt. mak yang masak. tapi sekarangg ni dah start buat kuih pulak. kuih tako aka tepung pelita di hujung minggu atau bila ada orang tempah dan jugak, kuih raya. Esok rasanya nak start buat dodol. Barang-barang dah sampai tadi.

So, kepada sesaper yang nak beli dodol, boleh laa tempah. Kitorang jual sekilo/ setengah kilo punya pack. Sekilo RM 14. Buatan sendiri. Dulu-dulu kacau pakai tangan, tapi dah tekno sket, kitorang pakai mesin. tapi rasa masih sedap lagik. (heheh sempat tu buat promo)

okielah, aku nak tengok liontin. tata

July 22, 2007

..twenty..O..seven..O..seven..


After 5 years:


Yang mungkin tak tergapai tanpa mereka:


Alhamdulillah, it went well.
May I be blessed with the courage to make this work,
Aminnn...

July 12, 2007

~bob the builder..can we fix it??~

Mak ngan Ayah akan sampai esok, InsyaAllah. Semoga selamat sampai bersama barang-barang.. aminnn.

I've been spending the past 3 days with Izzati, a one and half which acts like a 3 years-old, except that she can't talk properly yet. Sangat penat dan sedikit bosan. And it's not a good sign when I woke up with teletubbies song all day long, ain't it? Adalah tidak begitu susah the first 2 days, but today dia adalah banyak dengki sama gue. Everytime I tried to read, she'll come and grab the book, and read it too (upside-down, I might add). Then when I sit on the sofa, she'l menyibuk-nyibuk juga. Not to mention the countless time I have to change the dvd from teletubbies-postman pat-tweenies-and-whatever she have just to keep her company. I'm frustrated, and she's frustrated too kot, sbb 3 hari tak keluar rumah. Hai lah.. kalu kat Mesia, bleh laa jugak ku bawak keluar pegi taman permainan. Kat sini, main sensorang kat backyard je lah. Itu pun nasib baik laa umah nih ada backyard. Bottomline is, I so can't be a full-time mother. Buleh sakit jiwa..huhuhuhu.

But then, she's a darling too. Like when I scolded her, and she realised that I'm mad, then she'll come and hug me with that big melting smile. Juga bila dia mendodoikan aku dengan selawat nabi. Juga bila dia datang dan peluk without reason. Adalah geram. Oh well, at least esok K oja cuti, so adalah orang lain. Ini duduk 2 orang. Hari-hari tengok muka sendiri je, dia pun tau boring gak. hehehhe....
Camner laa aku nak ada anak sendiri nih?? Susah ok, jaga anak!! sheeshhhh!!

July 02, 2007

Sharm is doing a midnight walk for a hospice in Wakefield. Feel free to donate.

June 30, 2007

..all by myself.....

I am in Southampton, safe and sound. Despite the bomb scare in London yesterday afternoon, which caused me some delay, I managed to get here a bit past mid-night, 2 hours later than scheduled. K oja and Abg Zul went to some camping in a forest somewhere. Tapi adalah malas nak ikut kerana penat. Jadi sekarang sedikit sangap. Thinking of going to town. Tapi kat luar tu cuaca mandom, konfem sejuk. Jadi malas juga. Nasib baik berjaya on pc, although tadi struggle laa jugak awal2 tu.

Hai lah.. dah lah rakan2 yang kat soton ni sumer nye balik Malaya. Kesangapan lah beta untuk 2-3 minggu nih. Nasib baik lah rumah ni ada sky. Dekat dengan town juga. Maybe next week bleh start explore the city. at least tahu jalan dekat-dekat.

Rasa nak beli tiket untuk gi Manchester next week. Tapi prospect utk naik coach lagi 10 jam adalah rasa tidak mampu. Bagaimana ye? But I so want to go and see Fats. Sigh!! Indecision. Susah betul. Juga rumah untuk mak ayah kat Leeds, macam belum jumpa. Kena plan iterinary (btul ke eja? macam salah) diorang juga. Ermm.. nasib ada 2 weeks ++ lagi. sempat lah rasanya

Kemalasan melanda.