Anak teruna saya dah mencecah 17 bulan semalam. 1year and 5 months flew so quickly macam tak terasa. He is now his own little person. Walaupun buat masa sekarang dia masih belum berkata-kata, cuma 'apak' 'amak' 'mamamapapapak' tanpa perbezaan. nasib lah siapa yang jadi mak atau pak, tapi dia tahu apa yang dia mahu. Kalau tak nak, maka taknaklah (beserta gelengan kepala yang laju), dan kalau nak tu, haruslah tak boleh dihalang. mahu lebam dahi dihantuk kepala kat dinding/ lantai. nasib baik hobi menakutkan itu dah makin berkurangan sekarang hehh.
Dia juga makin bijak bergurau, entertaining us with his 'antiques'. Pura-pura jual mahal bila dipanggil, kemudian tersenyum manis tunjuk gigi kapak yang besar. oh, juga sudah pandai tersipu-sipu bila ditegur kakak atau kawan yg cantik yer. haish, belajar ngorat ikut siapa ntah.
oh, and ge definitely know how to get our attention. jika saya sibuk bersama smartphone, atau membaca, he will take those things away and asked me to look in his direction. he makes sure that i look too!! not too mention our phones are actually his. haruslah tak boleh surf tenet kalau dia mahu pakai tepon, kan?
and he loves nature. animals, trees, flowers. one day at the peads clinic, kerana tak mahu dirolak oleh budak2 yg lebih besar maka saya terpaksa mengalih perhatiannya dari tempat permainan. boleh je dia duduk mencangkung mengadap pokok bunga sambil mengira bunga. and the excitement bila dia jumpa patung ayam nandos itu. tapi binatang kesukaan haruslah kambing. the first animal sound that he copied. jadi kami blikan dia seekor kambing, letak di kandang abang saya, semoga berkembang biak. aminnn.
Dan si kecil ini, sudah 20 minggu. sekejap rasanya, berbanding pregnancy pertama. mungkin kerana ada abang mengisi masa-masa senggang, maka tak begitu terasa penantiannya. Sekarang pun, kalau nak tidur mesti adam akan meraba-raba perut sambil mencubit-cubit lemak di perut saya. kerana itu, saya letak tangannya dan ajak dia berbual-bual dgn adiknya. ajar dia cium dan sayang adik. semoga bila dah besar, mereka tak cemburu dan sayang menyayang.
dah mula terasa quickening dari minggu ke-16. awal berbanding adam. masa adam dulu, dah 22 minggu baru rasa quickening. mungkin sebab dah pernah rasa, jadi dah ada pengalaman kot? hehehe. cuma kali ini saya sering kurang sihat. iasyik batuk selsema. sekarang paling teruk, batuk sampai hilang suara.acam mana nak kerja esok, saya pun tak tahu. tp tak boleh cuti sebab orang lain sibuk cuti anak nak masuk sekolah. haish. semiga pesakit tak takut dengar suara dan bunyi batuk saya yg teruk itu. huhuhu.
No comments:
Post a Comment