August 06, 2009

..makan-makan..


Sebenarnya dah lama dah nak publish entry masak-memasak, tapi tak berkesempatan..
Jadi inilah dia... Ayam Panggang Rosemary + Mashed potato + grilled vege
Ayam Panggang Rosemary (from mesra.net)
resepi ni untuk seekor ayam, tapi sebab me don't like dada ayam, so kitorang beli chicken legs, so resepi dia pun diejas sikit dari original resepi
bahan-bahan:
1 ekor ayam(dibersihkan)
3 ulas bawang putih(chopped/blend/tumbuk)
1 sudu teh lada hitam
1 sudu teh Rosemary herb
½ sudu teh serbuk Oregano (kitorg pakai fresh herb, jadi rasa dia lagi sedap)
1 ½ sudu besar Lea Perrin's Worcester Sauce
Garam secukup rasa
garlic butter/ butter/ planta
Cara Memasak :
1. Perapkan ayam bersama garam, bawang putih,rosemary,oregano, lada hitam dan Worcester Sauce selama 45 minit.
2. sumbat sikit garlic butter underneath the chicken skin
3. bake/ panggang sampai masak
For the gravy;
cairkan about 2 tbsp butter, then masukkan about 1 1/2 tepung gandum, masak sket atas api perlahan sebelum masukkan sedikit air + minyak2 dari ayam panggang tadi. kalau taknank, nak letak chicken or beef stock pun buleh. agak-agak laa pekat dia. then masukkan black pepper + salt. kalau nak letak mushroom pun boleh jugak. ikut citarasa. masak sampai mendidih + takde rasa tepung lagi. kalau nak letak mushroom pun buleh, jadi laa mushroom sauce.
Mashed potato:
5-6 biji potato
100ml milk
1 tbsp butter/ garlic butter
salt, pepper
herbs (oregano/ rosemary kalau ada)
cara-cara:
rebus potato sampai empuk (letak garam sikit)
lenyek-lenyekkan kentang tu.
panaskan susu + butter
masukkan pada kentang yang dah di lenyek tu.
masak atas api perlahan sampai mendidih sikit - kacau jgn bagi hangus. kalau nak pekat, masak lama sket, nak cair, tambah air, nak lagi lemak, tambah susu
kalau nak dia smooth and creamy boleh blend aje mixture tu sampai smooth.
hasilnya seperti dia atas. sungguh sedap dan enak sekali.. heheheh

August 05, 2009

'Maybe we like the pain. Maybe we're wired that way. Because without it, I don't know; maybe we just wouldn't feel real. What's that saying? Why do I keep hitting myself with a hammer? Because it feels so good when I stop.'

I am officially a medical MO, starting work yesterday. Damn I still can't get rid of the shock. Manakan tidak, say sepatutnya menghabiskan posting ortopedik saya semalam dan bercuti sehingga hari Isnin depan sebelum memulakan hidup sebagai MO. Apatah lagi saya hanya meletakkan Radiology (xray), peads (kanak2) dan dermatology (skin) sebagai pilihan saya meskipun saya tahu peluang untuk dapat apa yang saya mahu adalah tipis. Juga kerana saya sebenarnya kurang pasti dengan kehendak saya.

Lalu setelah tamat Induksi selama 2 minggu di PD, yang mana kami cuma disajikan dengan ceramah-ceramah pentadbiran, kewangan dan perintah-perintah am yang di luar bidang tugas, juga setelah berseronok di PD dgn hubby tercinta pada hari Jumaat, saya pulang ke hospital dengan rasa malas.

Dan di pagi hari Isnin yang indah itu, Bos menegur saya; ' Siti Khadhijah, perkhidmatan kamu telah ditamatkan'. Saya melihat dia dengan muka konfius dan tidak percaya, lupa terus dengan patient yang saya mahu lihat. Lalu dia menerangkan yang kami semua (ada 6 orang) akan diserapkan ke Jab kecemasan atau Perubatan pada esok harinya kerana pandemik H1N1 yang begitu meluas. Lalu gugurlah harapan saya untuk cuti pada minggu ini. Dan bermulalah hidup baru saya di Jab perubatan ini.

Oh well, sekurang-kurangnya saya tidak tercampak ke surgery yang saya tak suka. Manalah tahu, saya suka bidang ini dan tak perlu tukar ke dept lain selepas ini. Lagi pula bos sudah berkata yang kami akan berada di sini sekurang-kurangnya untuk 6 bulan lagi atau sehingga pandemik ini berakhir. Might as well belajar saja dan cuba mencintainya kan?

Saya terasa ingin menulis entry tentang makanan, tapi nantilah dulu. Saya perlu membeli stetoskop sekarang sebelum memulangkan broadband ini kepada adinda tercinta.

May 25, 2009

Tidak berjaya untuk pulang awal hari ini lantaran census meeting yang lambat habis plus branula yang banyak untuk di pasang. ditambah dengan patient yang suka menyakat, lambat habis kerja. ingat nak bawak emak dan adik membeli belah pun tak tercapai. esok saja lah nampaknya.

Esok tinggal berdua dengan midah, dengan grand round lagi. malas betul. nasib baik lah ortho grand round is not too stressful. malass.

saya sedang berusaha menyiapkan soalan-soalan take home test ptk kelmarin. Perlu dihantar sebelum hari Jumaat. Banyak juga. Walaupun boleh refer jawapan tapi dengan average markah 30-70 untuk satu soalan, puas jugalah nak mengarang ayat-ayat nya. mujur hari ni tak perlu masak sebab ada leftover dari kenduri semalam. panaskan lauk ajelah jawabnya.

kami sedang merancang cuti-cuti malaysia ke sabah. tapi tak konfem tarikh. MAS punya tiket tengah sale, jadi kenalah book awal-awal - RM31 one way, deal yang sangat bagus, kan? juga ada tak sesiapa boleh suggest mana tempat best di kk sana?

May 19, 2009

penilaian tahap kecekapan..??!?

Saya dan rakan-rakan telah dipanggil untuk menduduki ujian penilaian tahap kecekapan untuk membolehkan kaim naik pangkat dan gaji. Sebenarnya, rakan-rakan telah dipanggil, tetapi entah mengapa nama saya tiada dalam senarai menyebabkan saya terpaksa memanggil diri sendiri untuk menjalani ujian tersebut. Meskipun markah CPD saya rasanya tidak mencukupi walaupun setelah dikira-kira dan ditambah tolak namun saya nekad sajalah.

Kami pergi dengan hanya sedikit maklumat dari rakan-rakan dan berusaha menghafal tonggak 12 dan cabaran wawasan 2020 dengan tidak berjaya, di samping pesanan seperti 'tak payah baca apa-apa mesti tak boleh nak jawab punya', kami pun menduduki ujian tersebut.
Hasilnya, benarlah kata orang, tak perlu bersusah payah membaca apa-apa kerana jawapan saya semuanya adalah common sense ditambah dengan gorengan yang saya harap cukup masak dan sedap dimakan. Sesi pertama adalah sesi diskusi jadi agak mudah. Ujian esei agak mengarut. Tapi masih boleh digoreng. Saya dan madihah cuma mampu tergelak selepas ujian tersebut bila terkenangkan jawapan-jawapan kami. Tugas seterusnya adalah untuk menjawab take home test kerana markah CPD saya yang kurang.

Oh well. Sekurang-kurangnya hari ini dapat berbual-bual dengan madihah dan lyd yang selalunya hanya sempat 'hi-hi bye-bye' saja di hospital.

Sesunggguhnya saya masih di dalam dilema. Meskipun telah menghantar borang dan meletakkan peads, radiology dand dermatology sbg pilihan-pilihan pertama, kedua dan ketiga saya, namun saya sebenarnya masih tidak pasti. Laila menyuruh saya berjumpa dgn HOD terbabit jika saya betul-betul berminat supaya peluang saya lebih cerah, tapi entahlah. Saya masih ada rasa was-was dalam hati terhadap pilihan saya. Saya tahu sebenarnya tiada siapa yang boleh membantu saya dalam membuat pilihan melainkan saya dan DIA. Tapi masih rasa mahu bercerita pada sesiapa yang sudi mendengar. hehh

November 01, 2008

untitled

Saya sepatutnya menyiapkan power point presentation untuk viva pada hari selasa, tetapi rasa terlalu malas untuk membuatnya. Juga kerana lack of resources dan kepala yang berdenyut-denyut membuat saya bertambah-tambah lah malasnya. Saya juga perlu menyiapkan satu lagi presentation untuk mortality meeting pada hari khamis nanti. Dan yang paling tidak menarik sekali adalah kerana saya on call pada esok hari.

Saya sangat tidak sabar untuk menamatkan posting surgery saya sekarang ini kerana kepenatan juga stress yang agak banyak. Sebenarnya posting ini agak menarik jikalau bos-bos saya bersikap sedikit human dan lebih friendly. Juga pasti kurang menyeksakan jika saya dapat pulang awal setiap hari. Buat masa ini average waktu pulang saya adalah jam 11 malam, kadang-kadang awal, dapatlah sampai rumah jam 10 malam, tapi kalau lambat, boleh mencecah jam 1 pagi. dan esok perlu bangun awal untuk pergi kerja. Tambah teruk lagi jika hari itu post-call dan kena balik jam 1 pagi. hampir-hampir 36 jam menghabiskan masa di hospital yang tak seberapa indahnya itu. jadi, doakan saya menamatkan posting ini tanpa extension kerana saya sungguh2 tidak mahu hidup yang seperti tiada kehidupan ini. Mujur saya punya suami dan keluarga yang memahami, jadi terasa lebih kuat sedikit. Kalau tidak, tak tahu lah.

Dan sekarang saya rasa saya perlu kembali menyambung tugas yang terbengkalai sambil menonton harry potter. Esok perlu bangun awal dan kerja lagi.

August 07, 2008

..ermmm..

baru selesai memenuhkan logbook untuk my second posting (obs and gynae -ie. orang beranak dan sakit puan). Actually ada lagi sket2 nak fill in, tapi esok masih ada, hopefully esok pagi sempat diselesaikan lah since tomorrow is my last day, and I won't be able to proceed kalau logbook sangkut. Then next monday saya akan melaporkan diri ke surgical department which i heard is the worse of them all. Just thinking about it is making me depressed and i've started getting palpitations already. sigh. Hopefully the next four months will pass as quickly as the last 8 months. hope all is smooth sailing, and it won't dampen my spirit yang sesungguhnya sentiasa memerlukan lifting up untuk saya terus melakukan kerja ini.

My last labour room call yesterday was ok, well typical labour room call la. managed to get like 10 mins sleep before I heard people shouting 'teran lagi, sket lagi... dan yang sewaktu dengannya' sheeeshhhhh.. and today we were pissed off to a certain person who claimed she had a bad call yesterday, when in fact more than half her job is done by other people. and boleh pulak tu dia berehat-rehat sampai dekat pukul 2ptg. ciss dan ciss lagi. aku yang tdo sploh minit je pun cuma berehat setengah jam je pg td sbb tak sampai hati tgk patient yang melimpah ruah. sheesshhh.. oh well, at least tomorrow is my last day. hehh.

actually o&g is not half bad. I simply hate O&G when I was a student, but now I feel like i can tolerate it. Tidak, sebenarnya saya juga sedang memikirkan sama ada saya patut meneruskan pengajian dalam bidang ini sahaja. menjaga ibu dan baby aku tak kisah sangat, cuma bahagian masalah perempuan yang lain tu yang aku rasa bodoh dan tak pandai nak manage. specialist aku kata, tgn aku kecik, jadik senang buat O&G. Ada kaitan? Ntah.

tapi dulu masa belajar aku nak buat peads (kanak-kanak). cumanya memandangkan trend sekarang ni, adalah sangat susah nak masuk into peads kat hospital melaka nih, sbb ia adalah bidang popular. Hmm ntah laa.. anyway masih banyak waktu utk berfikir. maybe I shud wait till I do peads, then I can decide, right? hmm ntahlaa

hmmmm... oklah, mata dah makin layu, jadi saya ingin berhenti sebelum saya melalut lagi. Nite peeps!!

July 29, 2008

..setelah lapan bulan..

hehehe.. sebenarnya tak sedar pun dah dekat lapan bulan tak apdet blog nih. agak-agaknya kalu pregnant dah bleh deliver dah :p
Not for lack of tring, but since started working I find that sleeping is such a precious comodity that cannot and would not be missed. hehehe. Not to mention the fact that streamyx kat rumah tu macam hampeh. thankfully my hubby manage to sort out the problem, so sekarang it's relatively faster and takde laa asyik disconnect ajer. sheeshhh

anyways, managed to finish my medical posting and will be ending my O&G posting next week, before moving on to surgery. Best bila ada ramai houseman like now, sbb tak payah on-call banyak kali, dan tak payah la kena buat 8-calls-in-2-weeks time. (dan itu terjadi sebaik saja saya balik dari cuti kahwin). memang lah rasa nak marah kat sumer orang. even breakdown kat ward dek kerana kepenatan yang terlampau. heh. tah apa-apa. and don't ask how we survived the 36 hours working period, 'coz we simply did. At least I'm luckier then some who had to do EOD (every-other-day) for the whole 4 months period, kan? dan juga sekurang-kurangnya sekarang saya ada orang untuk mengadu bila semuanya rasa macam tak tertanggung :)

well, I better stop now, kerana masih ada baju untuk di-iron dan aku on call labour room esok (which means no sleep is to be expected - walaupun aku pernah on call labour room dan dapat tidur lebih 2 jam yang membuatkan semua orang jeles :P). Semoga semua orang berjaya diberanakkan esok tanpa seorang pun yang perlu dioperatekan. aminnnn.